Selamat datang!
BERITA / AKTIVITI

 
PAUTAN
KAUNTER HITS

 
SOALAN LAZIM

Soalan 1

Apa itu KIK?
 
Katalog Induk Kebangsaan (KIK) adalah merupakan perkhidmatan berasaskan Internet yang disediakan untuk perpustakaan dan penggunanya.  Ia menyediakan akses kepada data bahan sumber maklumat daripada sebilangan perpustakaan.  Disamping itu, KIK juga menggalakkan kerjasama dan perkongsian sumber di antara perpustakaan yang mengambil bahagian.
Soalan 2 Bagaimana Menyertai Projek KIK?
 
Semua perpustakaan adalah dipelawa untuk menyertai Projek KIK.
Soalan 3 Apakah faedah menyertai KIK?
  KIK menawarkan pelbagai faedah kepada penggunanya.  Ianya juga memudahkan pengguna mendapat maklumat bahan perpustakaan melalui satu punca akses sahaja.
Soalan 4 Sekiranya saya tidak dapat menyumbangkan data, adakah saya layak menyertai KIK?
  Anda layak untuk menyertai KIK sebagai pengguna walaupun anda tidak mempunyai data.
Soalan 5 Perlukah perpustakaan saya mempunyai sistem sebelum menyertai KIK
  Tidak perlu.  Anda boleh menyertai sebagai pengguna.  Anda memerlukan sistem sekiranya anda ingin menyumbang data atau mengimport data.
Soalan 6 Apakah standard-standard yang digunapakai?
  Standard-standard yang digunapakai adalah seperti berikut:
<standard>

Soalan 7 Perlukah saya menukar standard yang digunapakai sekarang kepada MARC 21?
  Tidak perlu.  Anda hanya perlu memberikan maklumat mengenai ciri rekod sahaja.
Soalan 8 Perlukan saya membayar urusan penyertaan menyertai Projek KIK?
  Buat masa ini, yuran penyertaan tidak dikenakan.
Hakcipta © 2006 Katalog Induk Kebangsaan, Perpustakaan Negara Malaysia. Kesemua hakcipta adalah terpelihara
Paparan terbaik bagi laman web ini adalah 1024x768.